Johor Fishing Tribe
Johor Fishing Tribe (JFT) merupakan satu wadah siber yang boleh kita manafaatkan untuk menyatukan semua kaki pancing Johor khususnya dan Malaysia amnya. Tujuan asal penubuhan forum ini ialah untuk memberikan ruang kepada kita semua berkongsi segala info, tip dan pengalaman pancing yang kita sayangi ini. Kami mengucapkan syabas pada kenkawan semua kerana sudi mendaftar disini dan menjadi ahli pada forum yang tak seberapa ini. Bersama samalah kita menjaga keharmorniannya. Kepada kelab2 johor lainnya kami berharap dapatlah kirannya bersama sama kami dalam forum ini.Pada semua anggota JFT diharapkan dapatlah register diforum ini dan sama2lah kita memeriahkan dan menceriakan forum ini. Kita jadikan forum ini sebagai tempat untuk mencurahkan ilmu untuk dikongsikan bersama pemancing2 lain yang masih baru. Dengan cara ini aktiviti ini akan terus diminati dan akan dapat menambah labih ramai lagi pemancing yang berilmu dan beretika. Semoga ilmu, tip dan pengalaman kenkawan akan dapat dinikmati hingga kegenerasi kita dimasa akan datang. Tak mustahil satu hari nanti pemancing2 generasi kemudian akan setanding dengan pemancing barat dan jepun yang sudah berada jauh dihadapan kita.



